Friday, May 3, 2013

RENUNGAN BERSAMA


Motivasi sangat penting!


Sesetengah orang mempunyai kelulusan akedemik yang tinggi dan kemahiran yang baik tetapi tidak berjaya dalam hidup.  Ada juga orang yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi mempunyai kemahiran dan kemahiran itu digunakan sehingga membawa kejayaan kepada dirinya.

Kejayaan seseorang itu banyak ditentukan oleh motivasi. Motivasi dapat membakar semangat seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.  Motivasi terdapat dalam beberapa bentuk, seperti kata nasihat daripada orang yang disayangi atau mentor, faktor material seperti wang ringgit, kepuasan mental, meraih pujian ataupun sebagai satu cabaran.

Kadang-kadang kita menjadi keliru dengan sumber motivasi yang ada, sama ada membawa sesuatu yang baik pada diri kita atau tidak.




Seseorang yang berjaya biasanya akan berhenti sejenak dan bertanya
  kepada dirinya sendiri, apakah matlamatnya …..  Dia akan menjadi
    pengurus minda yang baik”

AKTIVITI PENGAYAAN ( AKTIVITI B )

AKTIVITI B


B). Batu, kayu, besi, paku, emas, pasir dan tembaga ialah bahan-bahan yang    
      keras, bagaimana caranya manusia dapat memakan bahan-bahan tersebut?






Jawapan B
JAMBU BATU, KAYU MANIS, BELIMBING BESI, PAKU PAKIS, GULA PASIR, DURIAN TEMBAGA.

AKTIVITI PENGAYAAN ( AKTIVITI A )

AKTIVITI A

A) KEBOLEHAN MEMAHAMI PERKATAAN / AYAT


1.Lautan kepada kolam adalah ibarat dalam kepada
a) cetek           b) perigi            c) sungai             d) tasik

 2.Awal adalah berlawanan dengan

a) petang       b) lewat           c) tunda              d) sarapan


3.Beku bermaksud

a) melekat     b) cecair            c) pepejal           d) air


4.Bulatan kepada sfera adalah ibarat segi empat

a) bola           b) kiub               c ) kon                  d) silinder


5.Stoking kepada kaki adalah ibarat topi kepada

a) bandana     b) rambut      c) kepala               d) wajah


6.Dinamik adalah berlawanan dengan
a) elektrik     b) perlahan      c) statik              d) kebal

7.Kuda kepada joki adalah ibarat kereta kepada
a) motor        b) mandor      c) kereta lembu    d) supir

8.Debat bermaksud
a) komen       b) cakap           c) bahas             d) cipta

9. Yang manakah di antara di bawah ini berada di tempat ketiga mengikut susunan  
     abjad?
a) Sevene      b) Severn          c) Seveen          d) Seven

10.Ayat kepada perenggan adalah ibarat perkataan kepada
a) surat         b) ayat              c) perenggan       d) rangkap

11. Turbin ialah
a) ikan          b) enjin            c) menara             d) tali

12.’Tidak pernah’ kepada ‘jarang-jarang’ adalah ibarat ‘selalu’ kepada
a) kadang-kadang        b) sering             c) kerap           d) sentiasa

13.Kepastian adalah berlawanan dengan
a) ketepatan             b) kebetulan        c) keraguan      d) infiniti

14. Modal kepada bunga adalah ibarat buruh kepada
a) konservatif         b) gaji                c) kuasa              d) peralatan

15. Yang manakah antara di bawah ini tidak berkaitan?
a) Berang                b) Marah       c) Bengang            d) Tuli

16.Bulu kepada burung adalah ibarat pagar kepada
a) ladang            b) gudang          c) rumput       d) tembok

17.Juruawat kepada doktor adalah ibarat setiausaha kepada
a) dentis           b) komputer      c) pengurus      d) meja

18.Yang manakah antara di bawah ini tidak berkaitan?
a) Anjing          b) Buru           c) Musang            d) Perangkap

19.Yang manakah antara di bawah ini tidak berkaitan?
a) Pencuri      b) Pemburu      c) Gangster         d) Penjenayah

20. Yang manakah antara di bawah ini tidak berkaitan?
a) Perkahwinan    b) Talak      c) Perceraian     d) Perpisahan



Jawapan A

1.    a
2.    b
3.    c
4.    b
5.    c
6.    c
7.    d
8.    c
9.    a
10. b
11. b
12. d
13. c
14. b
15. d
16. a
17. c
18. c
19. b
20.
    
Gred   17 dan ke atas       = A
                13     -     16        = B
                 11    -     12        = C
                  8     -     10        = D
                  4     -     7          = E
                  3 atau kurang   = F


Thursday, May 2, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Tarikh/Hari   : 25/04/2013 (Khamis)                              
Masa            : 10.20 - 11.20 pagi (60 minit)
Kelas            :  3 YI                                                 
Bil Pelajar    : 31 orang
M/ Pel           : Bahasa Malaysia
Tema/Tajuk : 5. SEMANGAT MUHIBAH
Unit 13         : Halaman Indah
Objektif: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
1.    Mengedit dan memurnikan perenggan yang mempunyai 10 kesalahan dari segi tanda baca, ejaan dan imbuhan dengan betul.

2.    Memahami dan membaca dengan lancar isi petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.   
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah menghias halaman rumah bersama keluarga.
Sistem Bahasa                 : Tanda baca, imbuhan awalan/akhiran dan apitan.
Konsep                              :  Mencintai alam sekitar.
Bahan                                :  Komputer (power point),Lcd, cd lagu, petikan, lembaran kerja
Pengisian kurikulum         :   Nilai – bekerjasama, tolong menolong
                                                Ilmu – Pendidikan Moral, Sains.
Strategi Pembelajaran    :   KP- verbal linguistik, kinestetik, muzik, interpersonal,
                                           intrapersonal.
                                           KBKK- mengenal pasti, menghubung kait, membuat keputusan.
Kemahiran/Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama : 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan berbentuk naratif daripada aspek ejaan, imbuhan dan tanda baca dengan betul tidak kurang daripada 7/10
Fokus Sampingan : 2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis pola ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.


Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi/ Kaedah/ ABM/ Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan Ciri-ciri halaman yang indah.(rujuk lampiran 1)
1.Guru mengemukakan soalan teka-teki kepada murid-murid.

2. Guru meminta murid yang menjawab membuat lakaran pada papan tulis.
1. Murid mendengar dan menjawab lalu melakar gambar pada papan tulis untuk jawapan teka-teki tersebut.

Strategi : Berpusatkan guru & pelajar.
Kaedah : Penyoalan.
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Menjana idea.
Langkah 1
( 5minit)
Cara-cara mengindahkan halaman rumah dengan cara;
Tanam pelbagai jenis pokok bunga.
Bina gazebo dan kolam ikan yang  kreatif.
Membersihkan halaman dengan menyapu sampah atau daun-daun yang gugur/layu.
1. Guru bersoal-jawab dengan murid-murid cara mengindahkan halaman supaya kelihatan cantik.

2. Guru  kaitkan dengan tajuk pelajaran iaitu menghias halaman rumah.
1. Murid-murid memberi idea sendiri cara mengindahkan halaman.


2. Murid-murid mendengar setiap penerangan guru dengan prihatin.
Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan,
Nilai : kerjasama
KBKK : menghubungkait

Langkah 2
(10 minit)
KuisTatabahasa ; uji pengetahuan tentang imbuhan,kata sendi nama,kata ganti nama diri pertama, kata hubung,  kata ganda.(rujuk lampiran 2)


1. Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan untuk menjawab soalan kuiz  berkaitan tatabahasa yang dipaparkan.

1. Murid-murid duduk dalam kumpulan untuk melihat soalan kuiz yang ditayangkan dan memilih jawapan yang tepat.

Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru.
Kaedah : Penyoalan
ABM :
komputer, power point, LCD.
Nilai : Kerajinan, kebebasan,
KBKK : Mencirikan, menghubungkait
Langkah 3
(15minit)
Petikan Menghias Halaman Rumah.
10 kesalahan  dalam petikan seperti;
kim ho, meangkat, dingali,kalang, pelastik,haikal, memasukan, Ibunya dan tanda baca (.) (rujuk lampiran 3)
1. Guru meminta perhatian murid-murid untuk melihat paparan petikan tentang Menghias Halaman Rumah dan membacanya secara kelas dan kumpulan.

2. Guru menyoal murid-murid tentang kesalahan yang terdapat dalam perenggan ketiga.

1. Murid-murid melihat paparan petikan dan membacanya secara kelas dan kumpulan.



2. Pelajar menjawab soalan guru mengenai kesalahan yang perlu diperbetulkan.
Strategi : Berpusatkan pelajar dan pelajar.
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan.
ABM :
petikan
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
Langkah 4
(20 minit)
Pengukuhan dan pengayaan diri murid.(rujuk lampiran 4)
1.Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi petikan rangkap ketiga yang perlu ditulis sambil membuat pembetulan
2. Guru membimbing murid-murid yang kurang mahir mengenal pasti kesalahan.
1. Murid-murid membaca dan menyalin petikan semula sambil membuat pembetulan.
2. Murid-murid lemah diberi bimbingan oleh guru atau rakan sebaya.


Strategi : Berpusatkan pelajar.
Kaedah : Perbincangan
ABM :
Lembaran kerja
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
Penutup
 (5 minit)
Cd lagu    ’Kebun Bungaku.’
1.Guru meminta murid-murid mendengar lagu ’Kebun Bunga Ku.’
2. Guru merumuskan isi pelajaran yang dipelajari.
1. Murid-murid mendengar dan menghayati seni kata lagu sambil bertepuk tangan.


Refleksi: 26 orang murid daripada 31orang murid dapat mencapai objektif yang dirancang
                dengan baik manakala 5 orang murid lemah memerlukan bimbingan pemulihan
                daripada guru atau rakan sebaya. 




Lampiran 1


Lampiran 1 (soalan teka teki)
1.      Tempat tinggal manusia = rumah
2.      Pondok kecil untuk berehat atau berbual-bual = gazebo
3.      Berwarna warni, berbau wangi dan serangga suka hinggap di atasnya = pokok bunga.
4.      Tempat binatang seperti ikan dan katak suka tinggal di dalamnya = kolam.

Lampiran 2 (Soalan Kuiz Tatabahasa)
ARAHAN
Baca ayat kemudian pilih jawapan yang betul.
1.Dalam lawatan itu, kami berpeluang melawat ke ______ Melaka.
2.Kucing peliharaan saya yang dipanggil ______ telah melahirkan 3 ekor
   anak.
3.Kain lampin adik ______oleh ibu.
4.Anjing liar itu _________ seketul tulang.
5.Pilih ejaan yang betul.
6.“_______ akan berangkat ke negeri Inderapura,” titah Sultan Muadzam.
7.Dia tewas dalam acara itu _______ kakinya cedera.
8.Adam tidak sombong ______ dia anak orang kaya.
9.Suasana menjadi ________ ketika pasangan pengantin tiba.
JAWAPAN
1.    Zoo
2.    disidai
3.    Si Montel
4.    menggonggong
5.    pensel
6.    Beta
7.    kerana
8.    walaupun
9.    riuh rendah



Lampiran 3 (petikan)







Lampiran 4 (Lembaran kerja murid)

NAMA _________________________
KELAS 3 YI
TARIKH


MATA PELAJARAN  BAHASA MALAYSIA

TAJUK  MENGHIAS HALAMAN RUMAH
TUGASAN INDIVIDU


Gambar semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas 3 Yi