RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/Hari : 25/04/2013 (Khamis)
Masa :
10.20 - 11.20 pagi (60 minit)
Kelas : 3 YI
Bil Pelajar : 31 orang
M/ Pel : Bahasa Malaysia
Tema/Tajuk : 5. SEMANGAT MUHIBAH
Unit 13 :
Halaman Indah
Objektif: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
1. Mengedit
dan memurnikan perenggan yang mempunyai 10 kesalahan dari segi tanda baca, ejaan dan imbuhan dengan betul.
2. Memahami
dan membaca dengan lancar isi petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah menghias
halaman rumah bersama keluarga.
Sistem Bahasa : Tanda baca, imbuhan
awalan/akhiran dan apitan.
Konsep : Mencintai
alam sekitar.
Bahan : Komputer (power point),Lcd, cd lagu, petikan,
lembaran kerja
Pengisian kurikulum : Nilai – bekerjasama, tolong menolong
Ilmu – Pendidikan Moral, Sains.
Strategi Pembelajaran : KP- verbal linguistik, kinestetik, muzik,
interpersonal,
intrapersonal.
KBKK-
mengenal pasti, menghubung kait, membuat keputusan.
Kemahiran/Hasil Pembelajaran:
Fokus
Utama : 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
berbentuk naratif daripada aspek ejaan, imbuhan dan tanda baca dengan betul
tidak kurang daripada 7/10
Fokus Sampingan : 2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis
pola ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Langkah / Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Strategi/ Kaedah/ ABM/ Nilai/KBKK
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Pelajar
|
|||
Set
Induksi
(5 minit)
|
Pengenalan Ciri-ciri halaman yang indah.(rujuk lampiran
1)
|
1.Guru mengemukakan soalan
teka-teki kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid yang
menjawab membuat lakaran pada papan tulis.
|
1. Murid mendengar dan menjawab lalu melakar gambar
pada papan tulis untuk jawapan teka-teki tersebut.
|
Strategi :
Berpusatkan guru & pelajar.
Kaedah :
Penyoalan.
Nilai :
Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK :
Menjana idea.
|
Langkah 1
( 5minit)
|
Cara-cara mengindahkan halaman rumah dengan cara;
Tanam pelbagai jenis pokok bunga.
Bina gazebo dan kolam ikan yang kreatif.
Membersihkan halaman dengan menyapu sampah atau
daun-daun yang gugur/layu.
|
1. Guru bersoal-jawab dengan murid-murid cara
mengindahkan halaman supaya kelihatan cantik.
2. Guru kaitkan
dengan tajuk pelajaran iaitu menghias halaman rumah.
|
1. Murid-murid memberi idea sendiri cara mengindahkan
halaman.
2. Murid-murid mendengar setiap penerangan guru dengan
prihatin.
|
Strategi :
Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah : Penyoalan,
Perbincangan,
Nilai :
kerjasama
KBKK : menghubungkait
|
Langkah 2
(10 minit)
|
KuisTatabahasa ; uji pengetahuan tentang imbuhan,kata
sendi nama,kata ganti nama diri pertama, kata hubung, kata ganda.(rujuk lampiran 2)
|
1. Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan untuk
menjawab soalan kuiz berkaitan
tatabahasa yang dipaparkan.
|
1. Murid-murid duduk dalam kumpulan untuk melihat
soalan kuiz yang ditayangkan dan memilih jawapan yang tepat.
|
Strategi :
Berpusatkan pelajar dan guru.
Kaedah :
Penyoalan
ABM :
komputer, power point, LCD.
Nilai :
Kerajinan, kebebasan,
KBKK :
Mencirikan, menghubungkait
|
Langkah 3
(15minit)
|
Petikan Menghias Halaman Rumah.
10 kesalahan
dalam petikan seperti;
kim ho, meangkat, dingali,kalang, pelastik,haikal,
memasukan, Ibunya dan tanda baca (.) (rujuk lampiran 3)
|
1. Guru meminta perhatian murid-murid untuk melihat
paparan petikan tentang Menghias Halaman Rumah dan membacanya secara kelas
dan kumpulan.
2. Guru menyoal murid-murid tentang kesalahan yang
terdapat dalam perenggan ketiga.
|
1. Murid-murid melihat paparan petikan dan membacanya
secara kelas dan kumpulan.
2. Pelajar menjawab soalan guru mengenai kesalahan yang
perlu diperbetulkan.
|
Strategi :
Berpusatkan pelajar dan pelajar.
Kaedah :
Penyoalan, Perbincangan.
ABM :
petikan
Nilai :
Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK :
Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
|
Langkah 4
(20 minit)
|
Pengukuhan dan pengayaan diri murid.(rujuk lampiran 4)
|
1.Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi
petikan rangkap ketiga yang perlu ditulis sambil membuat pembetulan
2. Guru membimbing murid-murid yang kurang mahir
mengenal pasti kesalahan.
|
1. Murid-murid membaca dan menyalin petikan semula
sambil membuat pembetulan.
2. Murid-murid lemah diberi bimbingan oleh guru atau
rakan sebaya.
|
Strategi :
Berpusatkan pelajar.
Kaedah :
Perbincangan
ABM :
Lembaran kerja
Nilai :
Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK :
Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
|
Penutup
(5 minit)
|
Cd lagu ’Kebun
Bungaku.’
|
1.Guru meminta murid-murid mendengar lagu ’Kebun Bunga
Ku.’
2. Guru merumuskan isi pelajaran yang dipelajari.
|
1. Murid-murid mendengar dan menghayati seni kata lagu
sambil bertepuk tangan.
|
Refleksi: 26 orang murid daripada 31orang murid dapat
mencapai objektif yang dirancang
dengan
baik manakala 5 orang murid lemah memerlukan bimbingan pemulihan
daripada
guru atau rakan sebaya.
Lampiran 1
Lampiran 1
(soalan teka teki)
1. Tempat
tinggal manusia = rumah
2. Pondok
kecil untuk berehat atau berbual-bual = gazebo
3. Berwarna
warni, berbau wangi dan serangga suka hinggap di atasnya = pokok bunga.
4. Tempat
binatang seperti ikan dan katak suka tinggal di dalamnya = kolam.
|
Lampiran 2 (Soalan Kuiz Tatabahasa)
ARAHAN
Baca ayat
kemudian pilih jawapan yang betul.
1.Dalam
lawatan itu, kami berpeluang melawat ke ______ Melaka.
2.Kucing
peliharaan saya yang dipanggil ______ telah melahirkan 3 ekor
anak.
3.Kain lampin adik ______oleh ibu.
4.Anjing
liar itu _________ seketul tulang.
5.Pilih
ejaan yang betul.
6.“_______
akan berangkat ke negeri Inderapura,” titah Sultan Muadzam.
7.Dia
tewas dalam acara itu _______ kakinya cedera.
8.Adam
tidak sombong ______ dia anak orang kaya.
9.Suasana
menjadi ________ ketika pasangan pengantin tiba.
JAWAPAN
1.
Zoo
2.
disidai
3.
Si
Montel
4.
menggonggong
5.
pensel
6.
Beta
7.
kerana
8.
walaupun
9.
riuh
rendah
Lampiran 3 (petikan)
Lampiran 4 (Lembaran kerja murid)
NAMA
_________________________
KELAS 3 YI
TARIKH
MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
TAJUK MENGHIAS HALAMAN RUMAH
TUGASAN
INDIVIDU
Gambar semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas 3 Yi
No comments:
Post a Comment